Back Home…
Filed in Babbling, August 13, 2008, 9:24 amBenarrr..aku sudah berada di Malaysia. Sudah 2 minggu aku KEMBALI dan serba sedikit aku agak culture shock juga selepas 2 tahun tak pulang.
Satu yang pasti pasal Malaysia ialah mengenai makanannya. Macam-macam ada. Bertahun-tahun di luar Malaysia menyebabkan aku menjadi lebih bersyukur dengan keadaan di sini sebab macam2 makanan boleh kita melantak. Halal berada di mana-mana. Ikan, daging, sotong, udang semuanya satu luxury bagi aku ketika dahulu tapi di sini aku bebas memakannya. Harganya aku rasa agak mahal tapi apalah dibandingkan dengan perut yang dah lama tak menjamah mende2 nih. Yang pasti naik juga adalah perut aku juga. Adoiii…
Aku still dalam job-hunting. Mungkin akan bekerja di area Shah Alam or Tanjung Malim tapi jika ada sesapa yang ada lubang2 kosong bolehlah sound aku untuk position as Control/Instrumentation Engineer…hehehehe. Mungkin akan berada di sekitar Klang Valley pada weekend hari so kalau ada TT bolehlah jemput aku di no 0 1 3 5 2 0 8 0 2 3
Over to you…
Aku akan rindukan…
Filed in Babbling, August 1, 2008, 10:46 pmEsok aku akan berangkat pulang ke Malaysia setelah 2 tahun tak balik. Sejauh mana pun kita pergi satu hari nanti pasti akan kembali juga ke tanah tumpah darah. Flight balik adalah pada pukul 1500 di Manchester International Airport dengan menaiki British Midland untuk ke Heathrow sebelum menaiki flight MAS ke Malaysia pada pukul 2200 dan sampai di KLIA pukul 1725, 03/08. Agak jauh waktu perjalanan di situ. Kepala juga pening memikirkan berat beg aku yang terlebih ditambah lagi dengan 15kg photography equipment yg aku galas sebagai hand luggage yang aku masih kurang pasti lepas naik ke tidak. Kalo tak mampus aku kene bayar extra.. Duit lagi….
Kembali ke topik asal. Apakah mende2 yang aku pasti rindukan sekembali aku ke tanahair…
Broadband - Benar. Di Msia ada broadband tapi tidak sepantas di sini dengan yang minimum pun 2Mbps dan yang max 50Mbps. Banyak pilihan yang ada…
4 Musim - Ada Panas, Luruh, Sejuk, Bunga… Pilih yang mana anda suka. Aku kurang suka Sejuk sebab leceh nak keluar rumah pakai tebal2. Bil gas melambung-lambung lak tu kene bayo..
Online banking/shopping - Hampir 90% shopping aku adalah dengan online. No pain, no hassle. Cuma duit bank je yang dengan pantas sekali susut
Ebay - Dalam kategori online shopping juga tapi disebabkan peranan besarnya dalam kehidupan aku seharian semasa di UK menyebabkan aku memberi penghormatan kepadanya. Aku adalah self-confessed ebay expert dengan brapa ratus feedbacks pun aku tak ingat dah. Aku sudah tahu yang mana satu bargain dan masa yang tepat untuk mendapat bargain. Aku pasti rindukan ebay…
Peluang bekerja - Bila anda seorang student anda pasti sengkek(hanya applied students seangkatan/sebatch dgn aku saja. Junior2 sekarang kaya giler). Peluang untuk bekerja memang banyak terutamanya kerja2 buruh dan manual. Maka kerja2 ini dipenuhi oleh students melayu malaysia or dari China yang nak kumpul duit termasuklah aku. Sikit2 lama2 jadi banyak beb
Tiada censorship - Benar. Bermacam hiburan di TV..hahahaha.. Aku pasti akan rindukan MTV
BBC iPlayer - Sejak ada BBC iPlayer setengah tahun ni masa-masa bosanku lebih banyak terluang dengan menonton rancangan2 dari BBC yang sememangnya best
Pemandangan menarik - Banyak pemandangan menarik di UK nih.. Dari nature, ke bangunan dan ke orangnya..hehehe
Banyak lagi boleh ditulis tapi aku agak sibuk mengemas bilik untuk balik esok… So takat ni yang aku mampu.
Pada sesiapa di Msia bolehlah menjemput aku untuk apa-apa aktiviti di sepanjang bulan 8 nih. Mungkin akan ke utara untuk berjalan-jalan tapi tengoklah dulu. Papehal roger…
Aku takkan rindukan…
Filed in Babbling, July 31, 2008, 3:00 pmKurang dari 3 hari lagi, aku akan meninggalkan UK for good. It had been a mix joy and tear for the past 4 years and surely akan menjadi pengalaman berharga for the rest of my life. Berikut adalah beberapa perkara yang aku tak akan rindu pada UK.
Kesusahan mencari tempat solat - Tidak lagi bersolat di tepi-tepi jalan, di atas rumput, di atas jalan tar, di stesyen bus dan keretapi dan di dalam bus juga keretapi. Tiada lagi mata-mata memerhati ketika aku bersolat
Englishmen - Satu bangsa yang bukan seperti apa yang aku jangkakan sebelum ke UK dan pasti aku takkan rindukan mereka
Coursemates - Aku mempunyai a mix relationship between my cousemates and certainly aku takkan rindukan some of the posers and backstabbers
Mr. Jamil - Nama landlord aku yang amat kaya tetapi kedekut Haji Bakhil
British yob culture - Jenayah dikalangan youth di Britain memang amat membimbangkan aku. Stabbing berlaku hampir setiap hari. Belum lagi masuk bab gun crimes, gangsterisme etc… The list is endless
Diet yang kurang sihat - Duduk di negara orang, pemakanan jadi kurang teratur. Pilihan makanan amatlah sikit dan selalunya dipenuhi dengan chips
Waktu kedai bukak - Di Sheffield, hampir semua kedai tutup kul 5 petang. So bandar kelihatan mati selepas waktu itu. Yang bukak cuma pub, disko dan bar. Hampeh…
Itu je yg aku dapat fikirkan..Yang lain orait aje.
3 hari saja lagi…
The Double
Filed in Babbling, , 12:36 amKunjungan aku ke Old Trafford yang muingking buat kali terakhir dalam hidup aku berakhir dengan aku tersenyum lebar.. Saja nak show off kepada semua yang aku telah bergambar dengan dua ‘holy grail’ dalam dunia bolasepak EPL.
Pada 02.08 akan diadakan Testimonial Match untuk Ole Gunnar Solkjaer dan pada 06/08 pula ada friendly lawan Juventus disertai dengan celebration bersama fans untuk kemengan dua piala season lepas. Agak kecewa sebab tak dapat pergi kedua-dua match sebab aku akan pulang ke Malaysia pada 02/08 nanti.
Salah satu dreams aku telah tercapai… Yang tak tercapai cuma tak dapat autographs player secara in-person.. Tak kisahlah.. Hopefully masa akan datang InsyaAllah dapat.
Akhir kata..Woohooooooooooo!!!!!!
At Last…
Filed in Babbling, Photos, July 28, 2008, 7:19 pm
At Last…, originally uploaded by IzaD’s photoground™.
Aku mula belajar secara formal sejak berumur 6 tahun dan kini, setelah berumur 24 tahun 1 bulan, akhirnya pelajaran formalku habis. Alhamdulillah. 18 tahun yang sangat sukar yang penuh dengan ‘highs and lows’. Klimaks nya aku kurang tahu yang mana satu tapi yang pasti bukanlah examku di university yang terakhir.
Bercakap pasal cita-cita aku tak pernah punya cita-cita. Aku hanya ikut kemana saja kakiku pergi. Dari darjah 6 ketika UPSR, aku hanya mendapat 3A dan tak tahu ke sekolah mana aku nak pergi. Pada peringkat PMR, dapat 8A aku pun tak sure aliran mana yang aku nak pergi. Yang pasti tidak biologi sebab keloyaan aku terhadapt darah. Jadi aliran kejuruteraan aku ambil. Habis SPM dapat 8A lagi, tapi tak sure lagi kemana aku nak pergi. Bermacam-macam pendapat aku dengar menyebabkan aku kadang2 terikut-ikut. Dalam borang UPU aku pilih Diploma Kejuruteraan Elektrokal/Elektronik di UiTM sebagai pilihan pertama tetapi tidak BEng di UTM. Nyaris aku mintak Skim Pelajar Cemerlang(SPC) dari Mara untuk ke luar negara. Alhamdulillah dapat tawaran dari Mara.
Selepas SPM sambung ke peringkat A-Level di Kolej Mara Seremban. Memang sukar gile A-Level nih. Banyak kali jugak aku fail exam terutamanya subjek Kimia. Jadi Subjek Kimia aku gugurkan dan diganti dengan Further Maths. Akhirnya, exam final lepas jugak aku sipi-sipi untuk ke UK.
Bab pilih course dengan uni lagilah aku pening. Agak kurang sure course mana yang aku nak buat memandangkan aku tak punya minat yang spesifik terhadap sesuatu. Jadi aku memilih Electronic, Control and Systems Engineering dari University of Sheffield sebab namanya memang sedap. Ada ke pilih course ikut nama sedap. Tapi tidak ku tahu yang couse tu adalah course yg memang killer habis. Last-last baru aku tahu. Tapi tak kisah… Aku tak punya cita-cita. Hanya mengikut kemana sahaja kaki ku pergi.
Aku memang sibuk 2-3 minggu ni dengan membawa family aku berjalan-jalan. So kurang masa nak berblog atau menghantar gambar ke flickr. Lightroom aku pulak asyik crash saja so agak sukar untuk aku nak edit RAW aku.
Habis bab graduation, aku akan pulang pada 2hb 8 nanti. Ada la beberapa kenalan yang kenal secara online. Hopefully dapat la jumpa untuk TT ketika aku berada di Klang Valley untuk beberapa ketika sempena aku nak interview nanti. Papehal roger aku..
Lastly, a few gambar sempena gradution aku…
The Magnificient
Filed in Babbling, July 21, 2008, 12:44 amFoto teaser untuk travelku ke Istanbul, Turkey.
Istanbul memang indah
Sambung lain hari…
Minimalist
Filed in Babbling, Photos, July 10, 2008, 11:46 pmKawan-kawan aku banyak bertanya mengenai gambar-gambar yang aku ambil. Soalan yang acap kali ditanya adalah ‘ko edit bagi lawa ke nih’. Dan aku teragak-agak untuk memberi jawapan. Jika kata tidak pasti aku menipu diri, jika ya pasti aku akan menunjukkan kelemahan diri. Tapi jawapan yang aku selalu berikan adalah ‘yes and no’. Memang hampir semua gambar aku diedit disebabkan aku suka mengambil gambar dalam format RAW berbanding format JPEG. Jadi dalam RAW semestinya gambar perlu diedit dalam ‘digital darkroom’ untuk mendapatkan hasil yang kita mahu. Jadi di sini kekadang di awal pembabitan aku dalam editing aku rasa memang agak berlebihan dalam mengedit gambar.
Tapi lama-kelamaan aku terfikir perlukah semua editan ini? Menipukah aku dengan mengedit gambar secara berlebihan? Nak tak nak kerja-kerja edit ni memang dah tak boleh dipisahkan dari dunia digital. Cuma sejak kebelakangan ini aku lebih suka tidak mengedit or to be a minimalist dalam editing gambar. Tangan-tangan aku sudah mula bergerak untuk betulkan distraction pada subject dan lebih banyak masa diluangkan dalam mengarang komposisi gambar. Di post-processing(pp) aku cuma menukar variable white balance, dan vibrance(satu slider yg best dalam Lightroom) dan jika perlu teruskan di Photoshop untuk Curve dan Level adjustment. Sifat-sifat minimalist ini kekadang kenelah dilupakan kalau nak mengedit gambar dengan certain themes yang aku nak macam Black & White, Lomo like, HDR, digital blending dan macam-macam lagi. Tapi aku tak suka HDR dan tak pernah cuba lagi digital blending. Sudah pro kah aku? Tentu tidak dan takkan.
Selepas setahun lebih memang banyak pengalaman teori dikutip. Aku tak punya luxury seperti mana mereka yang berada di Malaysia yang di mana-mana pun ada event di sana sini untuk para photog practise their skills or ada forum, groups or cliques yang selalu meet-up untuk outing mengambil gambar or dalam bahasa photog dipanggil TT(teh tarik). Aku hanya belajar dengan buku, majalah, tenet dan dengan mengajar rakan-rakan lain yang sehobi di sini. Hopefully aku dapatlah meet-up mereka2 yang ada kat Malaysia untuk TT. Pasti banyak yang boleh dibelajar.
Hari Sabtu ni, ibu, abah dan kakak aku datang ke sini untuk Majlis Graduasi aku pada 23hb nanti. Mereka datang awal disebabkan aku nak bawa mereka berjalan-jalan ke Istanbul, London dan kawasan-kawasan sekitar. Agak banyak duit akan dihabiskan tetapi pasti tidak sebanyak duit yang ibu bapa kita belanja untuk kita sejak dari kita lahir lagi. Inilah masanya untuk aku ‘belanja’ mereka. Bila lagi la kan…
Anyway gambar di atas bukan lah contoh seorang yang minimalist. Diambil oleh Khai dan diedit di Lr dan background diblurkan di Ps. Banyak masa terluang jadi gatallah tangan ni untuk cuba mende2 nih…
Strobist Project
Filed in Photos, June 29, 2008, 3:17 amJam menunjukkan jam 0300 tapi aku mesti gagah untuk meneruskan post ini selepas bereksperimentasi dengan flash bersama-sama dengan housemates. Seperti yang aku tulis pada post terdahulu, di kala sedang menanggur ini banyak projek2 berkaitan dengan fotografi aku nak buat dan Strobist Project adalah salah satu daripadanya.
Nikon SB-800 sudah aku ada lama selepas menjual Nikon D40 aku dan untuk melengkapkan lagi apparatus, flash Nikon SB-25 ditambah lagi sebagai 2nd flash diturut serta dengan ebay trigger cap ayam Hong Kong mari sebagai wireless trigger kepada flash2 tersebut. Pada mulanya SB-25 aku ada buat problem skit sebab dia tak memberi respond kepada trigger tu membuatkan aku bertangguh-tangguh tapi tiba-tiba malam tadi jadi pulak. So aku pun terus proceed dengan projek ni takut tak respond lagi lak SB-25 tu.

Ini adalah Irwan. Gambar dia semua menjadi. Mungkin sebab dia agak photogenic kot. Benarkah? atau mungkin aku yang hebat?

Ini adalah aku. Agak aneh sekali pose ini dan tak banyak gambar aku menjadi. Arghhh….

Senior paling sempoi 2008, Bonk. Agak menarik pose di situ. Masih lagi single.

Ni pula adalah Saf, single but not available.

Ini adalah Khalil. Graduate 1st class yang masih single dan sedang mencari suri di hati. Bole apply di comment jika berminat.
Banyak pose dapat di ambil tapi setakat ini, itu saja gambar yang dapat dipamerkan. Taklah sehebat mana disebabkan aku 1st time buat mende ni. Satu dua kelemahan aku dah nampak dari gambar2 tu dan hopefully pada session seterusnya gambar lebih baik dapat dihasilkan.
Seterusnya, Project 060708.
Over to you…















